EMPAT PEMAIN B22 DIPANGGIL SERTAI SABAH FC HADAPI PENANG FC AHAD INI.

KOTA KINABALU–Empat pemain skuad Piala Presiden Sabah dipanggil menyertai Sabah FC bagi menghadapi perlawanan menentang Penang FC dalam saingan Liga Super di Pulau Pinang pada Ahad ini.

Advertisements

Mereka ialah Gerald Gadit, 22, Mohd Hizaz Lokman, 21, Mohd Hanafi3 Tokyo Abdul Hashim, 22 dan Mohd Nureikhan Isa Japar, 22.

Mereka antara 20 pemain Sabah FC yang berlepas ke Pulau Pinang pagi ini.

Jurulatih skuad bawah 22 tahun Sabah, Johnny Dominicus yang mengesahkan perkara itu semalam memberitahu, keempat-empat pemain muda terbabit diminta oleh ketua jurulatih Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto untuk menyertai pasukan dalam perlawanan di luar itu.

Katanya, ini satu peluang baik untuk pemain-pemain muda tersebut mendapat pendedahan untuk beraksi dalam saingan Liga Super.

Secara kebetulan keempat-empat pemain berkenaan sudah menyertai latihan Sabah FC sebelum ini dan terkini mereka telah sekali lagi diminta menyertai latihan skuad senior itu beberapa hari lepas.

Selain mereka, pemain lain yang bersama Sabah FC berangkat ke Pulau Pinang ialah Evan Wensley Wenceslaus, Dendy Lowa, Herman Peter, Park Taesu, Bobby Gonzales, Alto Linus, Randy Baruh, Saddil Ramdani, Risto Mtrevski, Levy Madinda, Sam Johnson Garyazhon, Mohd Syukri Baharun, Amri Yahyah, Nicco Nigel Milus, Robson Rendy Rining dam Rozaimie Rohim.

A.Hizaz  ketika menjalani latihan bersama pemain Sabah FC.
A.Hizaz ketika menjalani latihan bersama pemain Sabah FC.

Ketua pasukan, Rawilson Batuil tiada dalam senarai pemain untuk menghadapi perlawanan dengan Penang FC itu.

Semalam, pemain-pemain Sabah FC dilaporkan memboikot sesi latihan yang sepatutnya diadakan di Stadium Likas kerana ada kaitan dengan isu tunggakan gaji mereka.

Pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir menerusi postingnya di facebook beliau, bagaimanapun sekadar berkata, tiada individu yang lebih besar dari Sabah FC.

Sabah FC akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu hari ini (Jumaat), katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles