Kemuka tuntutan palsu RM336, 000, pengurus syarikat dan penjawat awam ditahan SPRM

KOTA KINABALU:Dua orang lelaki berusia 46 tahun telah ditahan SPRM Sabah berhubung dengan tuntutan palsu membabitkan penyelenggaraan bot Klinik Bergerak 1Malaysia di Kinabatangan bernilai lebih kurang RM336,000.00 pada tahun 2019.

Advertisements

Menurut sumber kedua-dua orang lelaki tersebut ditahan semasa hadir di pejabat SPRM Sandakan untuk membantu siasatan.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy semasa dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kedua-dua suspek berkenaan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Sandakan hari ini bagi permohonan reman. Majistret Pn. Wan Farrah Farriza binti Wan Ghazal membenarkan tempoh tahanan reman selama 6 hari bermula 07 April 2021 sehingga 12 April 2021.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles