KPLBS Sambut Baik Pelan Maju Jaya Sabah

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) menerima positif Pelan Maju Jaya Sabah yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.

Advertisements

Menterinya, Datuk Jahid Jahim, berkata, sebagai sebahagian daripada barisan kepimpinan negeri, beliau amat gembira kerana setelah diberi mandat oleh rakyat, sudah tentu janji dan manifesto kepada rakyat juga harus dikotakan.

“Apabila kita sudah berjanji, maka haruslah ada pelan tindakan,”.

Beliau ditemui media selepas menerima kunjungan Ketua Menteri di Sudut Pameran KPLBS sempena majlis itu, hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri YB Harun Durabi dan YB Samad Jamri@Jambri serta Setiausaha Tetap KPLBS, Hj Faimin Kamin.
JAHID Ketika ditemui wartawan di sudut pameran KPLBS sempena majlis tersebut hari ini.
“Setelah mendapat mandat daripada rakyat, hari ini adalah manifestasi terjemahan daripada apa yang telah dirancangkan supaya yang dijanjikan itu dapat dilaksanakan mengikut pelan tindakan yang teratur,” katanya.

Menurut Jahid, di peringkat kementeriannya akan saling bekerjasama atau sinergi bagi merealisasikan Initipati kandungan Sabah Maju Jaya.

“Jadi, apa juga yang telah dirancangkan sebelum ini kita akan selaraskan sesuai dengan semangat pelancaran Sabah Maju Jaya,” katanya.

Majlis Amanat Pelancaran Hala Tuju Sabah Maju Jaya hari ini memberi fokus kepada tiga teras utama yang bergerak seiring dengan kerangka agenda pembangunan nasional di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Tiga teras utama tersebut adalah Sektor Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan, Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat serta Jaringan Infrastruktur dan Kelestarian Hijau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles