Simpan haiwan dilindungi: SPRM tahan lelaki sogok pegawai kerajaan negeri RM5,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lelaki kerana disyaki telah memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada seorang pegawai kerajaan negeri sebagai dorongan untuk meringankan pertuduhan terhadap individu lain yang melakukan kesalahan menyimpan haiwan dilindungi.

Advertisements

Haiwan – haiwan tersebut yang terdiri daripada Beruang Madu, Buaya, Babi Hutan, Ular Sawa dan beberapa spesies burung yang tersenarai sebagai haiwan yang dilindungi di bawah Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 disyaki dipelihara secara tidak sah untuk digunakan bagi tujuan perubatan.

Menurut sumber, lelaki yang bekerja sendiri dan berusia lingkungan 50an itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam di Pejabat SPRM Sabah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Katanya, suspek disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) ASPRM 2009 dan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM8,000 dengan dua penjamin tempatan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles