KRT Matunggong sumbang PPE kepada petugas barisan hadapan JKNS Kudat.

KUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki merasmikan Majlis Penyerahan Peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Kudat yang diwakili oleh Doktor Daniel Sunggin.

Advertisements

Menurut Julita, PPE itu telah disiapkan oleh Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga (KRT) KIKOMI Minyak, Matunggong.

Julita yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat mengucapkan tahniah diatas komitmen KRT khususnya Jiran Wanita.

“KRT di negeri ini akan terus aktif membantu kerajaan dalam menyediakan PPE,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Julita juga menyaksikan penyerahan peralatan yang sama kepada JKNS Kudat oleh KRT Lompozou, Matunggong.

Julita menyeru agar KRT turut membantu kerajaan dalam memantau dan memastikan agar semua ahli KRT dapat mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19.

“Kita perlu bekerjasama untuk memerangi pandemik covid 19, kata Julita.

Turut hadir ialah Delin Liet, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles