“Jangan Ada Unsur Sabotaj, Berat Sebelah” – Ruslan Muharam

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri Lumadan Ruslan Muharam mengingatkan ketua-ketua adat supaya tidak berat sebelah dan tidak melakukan sabotaj dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Advertisements

“Jangan ada unsur-unsur sabotaj. Kita boleh berbeza dari segi fahaman politik, namun untuk berkhidmat kepada rakyat kita tidak wajar menggunakan perbezaan kelompok, kaum, atau agama sebagai penghalang”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis penyerahan watikah pelantikan ketua-ketua adat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, di sini hari ini.

Ruslan percaya semua penerima watikah pelantikan dipilih yang menerima dan menggalas tanggungjawab diberikan, dapat melaksanakan amanah dan bersikap adil demi kebaikan semua.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung (KK) dan ketua Masyarakat Cina (KMC) yang mana selepas ini akan menjalankan tugas secara rasmi”, kata Hj. Ruslan.

Hj. Ruslan juga menegaskan bahawa anggota yang dilantik bukan sahaja perlu menjadi lebih peka, tetapi juga perlu mengambil tahu perihal penduduk dan kampung terutama sekali di kawasan masing-masing.

Selain itu, tanggungjawab anggota ketua kampung juga adalah sebagai wadah penyampai hasrat dan aspirasi kerajaan dalam kalangan penduduk kampung,katanya.

“Ketua-ketua adat memainkan peranan menerangkan program kerajaan yang dilaksanakan di negeri ini, yang terkini ialah program vaksinasi.

“Ketua-Ketua adat dikehendaki menerangkan kepada penduduk kampung perlunya bagi mereka menerima vaksinasi Ini,” katanya.

Hj. Ruslan juga memberitahu pihaknya telah dimaklumkan bahawa masih terdapat kampung yang belum ada pemimpin.

“Justeru, saya menyeru agar semua pihak bertenang dan bersabar.

Turut hadir ialah Ahli parlimen Sipitang, Hj. Yamani Hafez Tan Sri Musa dan Pengarah UPPM negeri Sabah, Datuk Matbali Musah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles