Pesakit Strok Dapat Perhatian Jahid Jahim

TAMPARULI: Derita akibat strok dihidapi Jolius @ Jelius Longik @ Jackson, 67 tahun, dari Kampung Kionsom Topokon, mendapat perhatian Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, di rumahnya, dekat sini hari ini.

Advertisements

Jahid ditemani beberapa pemimpin masyarakat Tamparuli, tampil menghulur bantuan tunai dan barang makanan kepada keluarga Jolius sejurus selepas meninjau Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Bersatu Sabah (PBS) Cawangan Kosusu Kionsom.

Warga emas tersebut bersyukur atas kehadiran mengejut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli itu, yang sekaligus menyampaikan bantuan peribadi beliau.

Hadir sama Ketua Kampung Kionsom, KK Sopioh Ombon dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kionsom, Jamuni @ Alponsus Mandakal.

Jolius, ketika dilawat, tidak dapat menyembunyikan rasa terharu sehingga menitiskan air matanya atas lawatan berkenaan.

Beliau turut berterima kasih kepada pemimpin di kampung tersebut terutamanya pihak JPKK dan Ketua Kampung atas usaha murni mereka itu. Sepanjang kunjungan itu, Jahid memberi kata-kata semangat kepada Jolius dan seisi keluarga agar terus kuat menghadapi dugaan hidup dan berharap agar beliau (Jolius) segera sembuh.

Menurut sumber daripada pemimpin di situ, akibat serangan strok separuh badan yang dialaminya beberapa bulan lalu, Jolius kini mengalami kesukaran bergerak seperti hari-hari sebelumnya.

Turut hadir Pemaju Mukim, Rizkam Wenddy Yabin, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Hendry Insing, Naib 2 Pemuda PBS Bahagian, Milon James, Setiausaha Keselamatan Kepada Menteri, Lucian Bai, dan pemimpin PBS di peringkat Cawangan, Morris Kinsui.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles