Keadaan Keselamatan di Pantai Timur Sabah Semakin Baik Sejak ESSCOM Ditubuhkan – Hajiji

LAHAD DATU: Keadaan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah semakin baik sejak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) ditubuhkan, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Advertisements

Beliau berkata walaupun terdapat beberapa jenayah rentas sempadan yang berlaku sepanjang tempoh itu namun “ianya terkawal”.

“Saya melihat keadaan keselamatan di Sabah khususnya di ESSZONE (pantai timur) begitu baik dan terkawal,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat keselamatan di Ibu pejabat ESSCOM, di sini hari ini.

Turut hadir Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Dr Jamaluddin bin Mohd Ali.

Hajiji turut menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang berjaya mengawal keadaan terutama jenayah rentas sempadan dan kegiatan haram yang lain termasuk penyeludupan.

Mengenai penambahbaikan kekuatan dan aset ESSCOM, beliau berkata terdapat beberapa perkara yang perlu ditambah baik dan kerajaan negeri akan membawa perkara itu kepada pihak kerajaan Persekutuan untuk pertimbangan sewajarnya.

Hajiji berkata di peringkat negeri, kerajaan akan melakukan yang terbaik kerana isu keselamatan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Beliau turut mengajak rakyat untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada ESSCOM demi kebaikan bersama.

Pada 1 April 2013, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah ditubuhkan. Pada 29 Jun 2013, OPS Daulat digantikan dengan Operasi Sanggah yang dikendalikan sepenuhnya oleh ESSCOM.

15 Julai 2014, ESSCOM telah disusun dan distruktur semula dalam usaha untuk memperkasa peranan dan fungsinya melalui Arahan Eksekutif, Arahan No.1.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyempurnakan penyampaian sumbangan 10,000 bun daripada Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad sebagai menghargai jasa dan penghargaan pasukan keselamatan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di pantai timur Sabah.

Pengarah Eksekutif Syarikat Kim Teck CheongDexter Lau turut hadir pada majlis itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles