Jahid Turun Padang Santuni Masalah Rakyat Tamparuli

TAMPARULI: Biarpun sentiasa sibuk dengan urusan rasmi kerajaan, namun rakyat tetap yang utama. Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Adun N.14 Tamparuli, Datuk Jahid Jahim menyantuni dan memenuhi undangan menghadiri majlis kesyukuran pemimpin bersama keluarga WKAN Jani Lingkabau di Kampung Madang hari ini. 

Advertisements

Kehadiran Jahid juga sebagai tanda sokongan moral beliau kepada pemimpin berkenaan yang dilantik sebagai pemimpin adat di Tamparuli baru-baru ini. 

Walaupun kerajaan kini memberi kelonggaran untuk menganjurkan majlis sosial, namun program itu diadakan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, Selasa lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa penganjuran majlis sosial kembali dibenarkan di negeri-negeri yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Jilias Lintar, Setiausaha Perhubungan Awam KPLBS, Romeo Sindeh, dan Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM) Tamparuli, Boe Sindolun.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles