BEAUFORT: Sebanyak 5,000 bakul makanan mengandungi barang keperluan harian diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias yang terkesan akibat penularan Covid-19 dan masalah banjir baru-baru ini.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Menteri Kewangan Datuk Isnin Aliasnih berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban yang dihadapi oleh penduduk kampung yang terjejas sama ada akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau banjir.
Isnin yang juga Adun Klias berkata ini termasuk 1,114 bakul makanan yang diagikan kepada penerima bantuan E-kasih di beberapa kampung Dun itu, termasuk Kota Klias pada Rabu dan Khamis.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pengagihan bakul barang makanan itu di sini semalam.
Katanya bantuan bakul makanan itu mencukupi untuk semua penduduk yang terkesan Pandemik Covid-19 dan banjir.