Kerajaan GRS Bela Nasib Rakyat, kata Hendrus Anding

KOTA MARUDU: Pemberian bantuanbakul makanan kepada Ketua Isi Rumah (KIR), terutama golongan B40 menunjukkan keprihatinan kerajaan GRS dalam membela nasib rakyat, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Hendrus Anding.

Advertisements

Sehubungan itu, beliau yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Tandek,menzahirkan kesyukuran kepada Kerajaan GRS yang diterajui Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yangpp memberikan bantuan bakul makanan secara terus menerus kepada rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.

Julita menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang  Ketua Isi Rumah bagi kawasan Matunggong di Pejabat Daerah Kecil Matunggong kelmarin.
Julita menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang Ketua Isi Rumah bagi kawasan Matunggong di Pejabat Daerah Kecil Matunggong kelmarin.

“Kerajaan GRS sentiasa melakukan yang terbaik untuk kebaikan rakyat,” katanya pada maljis penyampaian bantuan bakul makanan di Astaka Padang Kampung Goshen, di sini semalam.

Kira-kira 309 KIR B40 dari kampung Goshen dan kampung Kokobuan menerima bantuan bakul makanan itu.

Turut hadir  Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM), Majawap Masantun.

Sementara itu, seramai 1,612 KIR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong mendapat bekalan bantuan bakul makanan yang bertujuan meringankan beban mereka, terutama semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri GRS di atas bantuan bakul makanan kepada  1,612 ketua isi rumah di kawasan ini,” kata Adun Matunggong Datuk Julita Majungki.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata agihan bakul makanan itu diberikan kepada golongan yang tersenarai dalam E-kasih.

Selain senarai E-kasih, kerajaan turut memberi bantuan kepada golongan B40 dengan pemberian ‘one off’ secara tunai yang disalurkan terus kepada akaun penerima,” katanya.

Julita berkata Pejabat Daerah Kecil Matunggong sudah hampir selesai mengagihkan jumlah bakul sekitar 98 peratus di seluruh kawasan Matunggong,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bakul makanan itu di Matunggong.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Francis Chong; Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Matunggong, Marius Masain; Pegawai kebajikan Daerah Kecil Matunggong Connie Jikisoi dan Pegawai Pemaju Masyarakat Matunggong, Epson Kawahui.


1. Adun Tandek Hendrus Anding (tiga, kiri) menyampaikan bantuan bakul makanan di Astaka Padang Kampung Goshen, semalam.
2. Julita menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang  Ketua Isi Rumah bagi kawasan Matunggong di Pejabat Daerah Kecil Matunggong kelmarin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles