KOTA KINABALU: Ketua UMNO Bahagian Putatan Jeffery Nor Mohamed menyifatkan kenyataan Menteri Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berhubung isu pembayaran interim kepada negeri Sabah sebagai ‘tidak sesuai’.
Menurutnya, soal siapa yang memegang tampuk kerajaan Persekutuan sepatutnya tidak timbul kerana tuntutan itu jelas termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), iaitu soal tuntutan pembayaran 40% dan pembayaran interim.
“Saya merasakan kenyataan YB Menteri seolah-olah satu kenyataan mendesak dan bukan ianya satu kenyataan yg memenuhi aspirasi hasrat rakyat negeri Sabah, yang ingin melihat tidak kira siapa juga menjadi ketua kerajaan Persekutuan tuntutan 40% dan pembayaran interim ini mesti diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Mustapha dipetik sebagai berkata bahawa rakyat Sabah perlu mengekalkan Kerajaan Madani sedia ada jika mahu pembayaran interim RM1.5 bilion diteruskan.
Jeffrey berharap pembayaran interim itu tidak menjadi kelangsungan taruhan politik menjelang pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata ini kerana ianya sudah menjadi tugas kerajaan Persekutuan tidak kira siapa, tuntutan 40% mesti diteruskan dan diselesaikan dengan harmoni dn baik.
