Gagal melarikan diri, pencuri dikejar dua anjing peliharaan

KOTA KINABALU: Seorang lelaki hanya berputih mata selepas gagal memecah masuk sebuah rumah di Taman Khidmat di sini.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian berlaku ‪jam 12.30‬ tengah hari membabitkan seorang suspek berumur 38 tahun.

“Semasa cubaan memecah masuk rumah mangsa berumur 65 tahun, dua ekor anjing peliharaan mangsa menyedari kedatangan suspek sebelum bertindak mengejarnya.

“Bunyi salakan anjing terbabit membuatkan mangsa menyedari kehadiran suspek sebelum melaporkan kejadian kepada pihak polis,” katanya.

Menurutnya, pasukan polis kemudiannya berjaya menahan suspek yang berada di bumbung rumah selepas gagal melarikan diri kerana dikejar anjing peliharaan tuan rumah berkenaan.

“Suspek dibawa ke Balai Polis Luyang untuk tindakan lanjut dan hasil ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis syabu.

“Semakan turut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau di IPD Kota Belud, mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles