Kaum Tionghua Diminta Patuhi SOP Tahun Baru Cina

TUARAN: Kaum Tionghua di negeri ini diingatkan supaya meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengelak penularan COVID-19.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata pematuhan SOP itu penting bagi mengelak mereka terkesan apabila dikenakan kompaun.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim menyerahkan risalah berkenaan SOP yang ditetapkan kepada seorang warga Tionghua.

Beliau percaya masyarakat Tionghua gembira merayakan Tahun Baru Cina namun dalam norma baharu biarlah patuh kepada SOP yang ditetapkan.

Mohd Hamizi turut menegaskan bahawa acara makan besar yang melebihi 15 orang tidak dibenarkan pada kali ini.

Selain itu, katanya kerajaan tidak membenarkan persembahan tarian singa dan pertunjukkan bunga api bagi mengelak sebarang kemungkinan.

Mohd Hamizi berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra premis-premis perniagaan milik peniaga Tionghua di sekitar pekan Tuaran hari ini.

Beliau menasihati masyarakat pelbagai kaum termasuk Tionghua supaya tidak melakukan pergerakan rentas daerah bagi membendung wabak Covid-19 yang kini melanda negara ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles