Panglima Divisyen ke-5 Infantry lawat Esscom

LAHAD DATU: Panglima Divisyen ke-5 Infantry, Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim Khalid melawat Ibu Pejabat ESSCOM, di sini hari ini.

Beliau yang tiba di Ibu Pejabat ESSCOM sekitar jam 2.00 petang itu disambut oleh Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman yang diiringi Ketua-Ketua Staf serta pegawai-pegawai kanan ESSCOM.

Esscom

Dalam kunjungan tersebut, YBhg Mejar Jeneral Dato’ Haji Mohd Halim telah dibawa melawat ke Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM dan diberikan taklimat mengenai konsep pengoperasian dan kesiapsiagaan ESSCOM di Zon Selamat Timur Sabah dalam mengawal dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan pantai timur Sabah yang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Staf PUSOP Kolonel Rosli Bahrun.

Turut hadir dalam lawatan tersebut  Panglima 13 Briged Infantry Felda Sahabat, Brig Jeneral Abdul Razak bin Hussain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles