KOTA KINABALU: Empat lagi sekolah di Sabah ditutup susulan jangkitan Covid-19, menjadikan lapan sekolah keseluruhannya setakat 1 Februari.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sekolah yang ditutup itu ialah SMK Sandakan, Kolej Vokasional Sandakan, SM St. Cecilia danĀ SMKA Tun Juhar.
“Terdapat empat lagi sekolah telah ditutup akibat terdapat jangkitan Covid-19 iaitu semua di daerah Sandakan,ā katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Mengenai sekolah tadika pula, Masidi berkata, terdapat dua sekolah tadika swasta telah ditutup ekoran terdapat kes positif Covid-19.Ā
Sekolah tadika itu ialah Tadika Jati, Taman Haringgton Kota Kianbalu dan Kinabalu International School Kota Kinabalu.