JPAN anjur Pertandingan Cipta Logo SMJ bermula 22-29 Januari ini

Kota Kinabalu – Orang ramai dipelawa menyertai Pertandingan Mencipta Logo Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN).

Advertisements

Menurut Jurucakap Urus Setia, penyertaan ini terbuka kepada seluruh rakyat Sabah, bermula 22 (hari ini) hingga 29 Januari depan iaitu pada atau sebelum jam 12 tengah hari.

Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, namun hanya satu logo yang akan dipilih sebagai pemenang.

Setiap ciptaan logo mestilah asli dan tidak ditiru atau diplagiat dari mana-mana logo tempatan mahupun luar negara, serta tidak membangkitkan unsur-unsur sensitiviti.

Semua logo yang diterima oleh Urus Setia pertandingan akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sabah selaku pemegang hak cipta logo tersebut. 

Pemenang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, manakala dua peserta akan menerima sagu hati berjumlah RM500 setiap seorang. Kesemua penyertaan akan diberikan sijil penghargann.

Penyertaan dan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi JPAN, http://jpan.sabah.gov.my/ atau laman sosial rasmi Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Terdahulu, SMJ merupakan cetusan idea Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang diilhamkan daripada cogan kata Jata Sabah iaitu Sabah Maju Jaya.

Singkatan SMJ telah menjadi elemen utama pelan Hala Tuju Ini bagi membangkitkan semangat dan patriotisme rakyat Sabah ke arah mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan sejahtera.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles