Jejambat Hilltop Luyang akan diperbaiki segara — Bung

KOTA KINABALU: Jejambat Hilltop Luyang yang mengalami keretakan akan diperbaiki segara, kata Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin.

Advertisements

Beliau berkata syarikat konsesi telah dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara jalan berkenaan.

TELITI...Pengarah JKR Ali Ahmad menunjukkan kawasan keretakan kepada Bung semasa lawatan tersebut.
TELITI…Pengarah JKR Ali Ahmad menunjukkan kawasan keretakan kepada Bung semasa lawatan tersebut.

“Setakat ini jalan ini masih boleh dilalui oleh kenderaan. Bagaimanapun kita menutup sebelah lorong atas dan bahagian bawah untuk tujuan keselamatan pengguna selain memasang papan tanda amaran,” katanya.

Bung berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut bagi meninjau keretakan yang berlaku di jejabat tersebut petang Rabu.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Mohd Jasmin Julpin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ali Ahmad Hamid, pegawai pegawai kanan kementerian serta wakil dari syarikat konsesi.

Bung menambah selain faktor hujan berterusan, keretakan itu berlaku disebabkan dua struktur yang berbeza dan di bawah jejambat tersebut terdapat perparitan  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Kerja-kerja pembaikan ini perlu dilakukan segera bagi meredakan kebimbangan orang ramai khususnya pengguna jalan raya  selain untuk tujuan keselamatan agar kerosakan yang sedia ada tidak melarat.

Untuk Keselamatan…Satu lorong di bahagian atas dan bawah ditutup di Jejambat Hilltop Luyang.

Ketika diminta mengulas isu jumlah keruntuhan jalanraya yang berlaku di negeri ini ekoran  hujan lebat yang berterusan, Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata, pihak Kementerian Kerja Raya sedang mengumpul data tersebut dan menganggarkan lebih 10 batang  jalan raya mengalami keruntuhan susulan hujan lebat yang berterusan sejak minggu lepas.

“Kita sedang mengumpulkan data berkenaan dan kita juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi beberapa keruntuhan jalanraya sekiranya hujan lebat berterusan “ jelas Bung.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles