PKP di Sabah dilanjut hingga 4 Feb

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadual tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Feb ini.

Advertisements

Negeri-negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kelantan serta Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas kesemua negeri berkenaan masih menunjukkan trend peningkatan kes positif harian COVID-19.

Susulan pelanjutan tempoh berkenaan, tarikh tamat kesemua negeri yang dikenakan PKP kini adalah sama, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini, hari ini– BERNAMA

Related Articles

253FansLike

Latest Articles