Tanah runtuh di Taman Negara Kinabalu

KUNDASANG: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di kawasan tempat letak kereta Taman Negara Kinabalu Jalan Kota Kinabalu- Sandakan kira-kira jam 8 pagi hari ini.

Advertisements

Runtuhan yang membabitkan keluasan sekitar 100 meter itu dipercayai berlaku susulan hujan lebat sejak beberapa hari yang lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Inseyur Ali Ahmad Hamid,  keadaan tanah runtuh di kawasan itu agak kritikal yang menyaksikan hanya kira-kira dua meter lagi akan menjejaskan laluan utama.

Bagaimanapun, katanya  kedua-dua laluan berhampiran lokasi kejadian masih boleh dilalui.

“Sekiranya perlu orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bundu Tuhan – Kinasaraban,” katanya.

Inseyur Ali berkata JKR sudah meletakkan papan tanda serta penanda bagi memastikan amaran kepada pengguna jalan di laluan berkenaan.

“JKR juga akan melakukan pemasangan penghalang di lokasi dalam kadar segera,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles