JKR akan memulakan kerja pembaikan jalan dan jambatan yang runtuh di Pitas melalui peruntukan kecemasan: Ali Ahmad

PITAS : Jabatan Kerja Raya S(JKR) Sabah  akan memulakan kerja-kerja pembaikan jalan yang runtuh termasuk  Jambatan di sungai Paparoun Telaga Pitas ekoran kesan dari banjir  besar yang berlaku di daerah itu minggu lepas.

Advertisements

Pengarahnya Ir Ali Ahmad Hamid berkata  kerja kerja pembaikan akan dilaksanakan sesuai dengan keperluan arahan Perbendaharaan AP 55 di bawah peruntukan kecemasan  bagi memastikan penduduk kampug yang terjejas dapat berhubung dengan segara.

” Pihak jabatan termasuk jurutera daerah telah pun melakukan lawatan susulan bagi meneliti segala kerosakan yang dialami dan turut menyediakan laporan lengkap dan kita akan membuat anggaran kos perbelanjaan  untuk melaksanakan kerja kerja pembaikan dalam tempoh terdekat ini” katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan bagi meninjau jalan dan jambatan yang runtuh di sungai Paparoun Telaga Pitas pada khamis.

Turut serta dalam lawatan tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri Bengkoka yang juga Pembantu Menteri Pembanguan Luar Bandar Harun Durabi ,Jurutera Daerah Pitas Dixon Kim,Jurutera Daerah baharu Pitas Hadi Hamzah dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) bahagian Jambatan JKR Baharohom KK Sugun dan Jurutera bahagian Kudat Hilmi Hamid.

Menurut Ali Ahmad Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung telah dimaklumkan dan diberikan laporan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut dan meminta jabatan mengambil tindakan segara untuk membaiki segala kerosakan yang ada bagi membolehkan rakyat yang terjejas dapat berhubung semula until melakukan aktiviti mereka seharian.

Antara jalan yang terputus dalam kejadian banjir tersebut ialah Jalan Suang Duyung-Layak (KM0.25) dan di KM 4.25) iaitu kira kira 50 KM dari Pekan Pitas dan beberapa tempat lain ekoran hujan lebat yang berterusan minggu lalu  menyebabkan banjir dibeberapa buah daerah di Sabah  antaranya Kudat ,Membakut Beaufort dan daerah Pitas merupakan daerah yang amat terkesan dengan kejadian tanah runtuh termasuk sebatang jambatan di Sungai Paparoun Telaga yang menjadi nadi perhubungan utama kampung Telaga untuk ke Pekan Pitas dan lain lain kampung berhampiran dihanyutkan banjir .

Sebanyak 13 buah kampung yang melibatkan lebih kurang 4000 orang penduduk termasuk sebuah Klinik Kesihatan di kampung Telaga dan sekitarnya itu  kira kira 18 kilometar ke Pekan Pitas terputus perhubungan apabila jambatan runtuh dihanyutkan banjir.Sementara itu Ali Ahmad berkata , bagi jalan jalan raya yang runtuh ekoran tanah bukit yang meluncur kerja-kerja pembersihan dan penyeanggaran sedang giat dijalan oleh pihak JKR termasuk jalan jalan dibawah jagaan kontraktor atau syarikat yang mendapat konsisi penyelanggaran jalan.

Dalam perkembangan lain Jawatankuasa Bencana Alam Daerah Pitas turut mengambil insistiaf untuk menghantar bantuan makanan  kepada pendududk yang terjas khusunya di kampung Telaga dan sekitarnya yang terputus hubungan untuk mendapatkan bekalan makanan.

Pengerusinya yang juga Pegawai Daerah Pitas Haji Bakri Nanun ketika dihubungi berkata  penghantaran bantuan makanan dihantar kemarin (Jumaat) dengan menggunakan perkhidmatan Helikopter  Polis Di Raja Malaysia kontejin Sabah.

” Dengan kerja sama pihak Polis kita akan menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terjejas dengan menggunakan perkhidamatan udara (Helikopter) dan kita berharap keadaan cuaca mengizinkanya” katanya.

Sebanyak empat tempat akan digunakan sebagai lokasi peendarat iaitu Padang  Sk Liau,Sk Malubang, SMK Telaga dan Sk Maringgan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles