ESSCOM Pertingkat Kerjasama Pengoperasian, Kawalan Keselamatan di ESS ZONE

LAHAD DATU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) akan mengukuhkan pengoperasian dan kawalan keselamatan yang lebih efektif dengan kerjasama strategik antara agensi keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone), sebagai usaha untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di negeri Sabah.

Advertisements

Perkara tersebut merupakan antara intipati perbincangan semasa sesi kunjungan hormat ke atas Komander Eastern Command DCP Hamzah Ahmad oleh Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Brigedier Jeneral Abdul Karim bin Ahmad, Komander Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dan Brigedier Jeneral Suhaimi bin Hj Shamsudin, Panglima 13 Briged Infantri Malaysia di pejabat ESSCOM Lahad Datu, pada Isnin.


Selain mengeratkan silaturahim dan hubungan sesama agensi, sesi perbincangan meliputi perancangan dalam aspek aturgerak operasi dan logistik; serta perkongsian idea bagi peningkatan keupayaan bagi semua agensi keselamatan yang beroperasi di pantai timur Sabah.

Di samping itu, cadangan pelaksanaan operasi gabungan dan latihan bersama melibatkan pasukan khas antara agensi dalam kawasan ESS Zone turut dibincangkan.

Terdahulu, delegasi turut diberikan taklimat perisikan berhubung perkembangan situasi keselamatan pantai timur Sabah.

Turut hadir semasa sesi perbincangan tersebut adalah Ketua-Ketua Staf ESSCOM dan pegawai-pegawai kanan APMM, ATB2 dan Markas 13 Briged.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles