Semua PPS Banjir di Kota Marudu Ditutup Hari Ini

KOTA MARUDU: Semua 14 Pusat Pemindahan Sementara Banjir di daerah Kota Marudu ditutup berkuatkuasa 1 petang hari ini.

Advertisements

Perisytiharan penamatan banjir gelombang kedua daerah Kota Marudu itu dibuat oleh Pegawai Daerah Kota Marudu Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana ( Banjir ) Daerah Kota Marudu, Alexander Yong menerusi satu kenyataan pagi ini.

Berikutan itu, Alexander mengarahkan agar operasi penghantaran pulang mangsa-mangsa banjir dilakukan segera.

Pada masa sama, beliau meminta agar pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan bantuan agensi keselamatan melakukan kerja-kerja pembersihan serta proses nyahjangkitan (disinfeksi) virus COVID-19 di PPS yang terlibat.

Katanya langkah itu bertujuan mencegah risiko penularan virus tersebut serta lain-lain penyakit berjangkit.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles