Omicron — Masidi Ajak Rakyat Sabah Terus Patuhi SOP Bagi Menghadapi Sebarang Kemungkinan

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun mengingatkan rakyat
Sabah supaya terus mengutamakan dan mematuhi SOP bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Advertisements

“Semua SOP perlu dipatuhi setiap masa. Kita baru sahaja dikejutkan dengan varian baharu Omicron yang dikatakan menjangkit lebih cepat daripada varian sebelumnya,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Masidi berkata jumlah kes harian Covid-19 bagi negeri Sabah terus menurun hari ini dengan catatan terbaru 294 kes.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan penurunan 57 kes berbanding catatan pada Sabtu.

*Secara keseluruhan, kedudukan kes di daerah-daerah adalah bercampur-campur, yakni mencatatkan turun-naik setiap hari.

“Kota Kinabalu masih mencatatkan jumlah kes yang tertinggi di Sabah hampir setiap hari hari, dan jumlah hari ini ialah 60,” katanya.

Masidi berkata Tuaran penyumbang kedua tertinggi dengan 33 kes baharu tetapi mencatat pengurangan 17 kes berbanding kelmarin.

Ranau pula di tangga ketiga dengan 28 kes, kurang 5 kes berbanding semalam, katanya.

“Anggota “Empat Serangkai” yang keempat, Kota Belud mencatat 13 kes (-28) sahaja hari ini berbanding 41 sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata jumlah dan peratusan yang tinggi setiap hari bagi kes-kes yang berpunca daripada jangkitan sporadik perlu dilihat sebagai satu amaran dan peringatan kepada semua agar mengelak daripada tempat-tempat yang ramai orang berkumpul bagi mengurang risiko jangkitan.

“Peratusan kes jangkitan sporadik hari ini ialah 36%, kelmarin 38% dan pada 3/12/21, hampir 42%.

*Daripada 294 kes hari ini, 287 atau 98% adalah dalam Kategori 1 dan 2, seorang dalam Kategori 3, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5. Tiga kes lagi masih dalam penilaian lanjut JKNS,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles