KOPDESA Miliki Tapak Kedai Sendiri di Tenghilan

TAMPARULI: Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad (KOPDESA), kini memiliki tapak kedai perniagaan mereka sendiri, di kawasan Tenghilan.

Pengerusinya, Irelene Damit, berkata, setelah mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan semua anggota koperasi, mereka bersetuju untuk menyewa di sebuah tanah milik seorang ahli, dengar kadar sewa berpatutan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada cikgu Yatau Mohd Azman, atas kesudian menyewakan tanah beliau kepada KOPDESA, dengan harapan semoga kita dapat dirikan sebuah kedai di sini kelak,” katanya.

Ahad lalu, tapak kedai itu turut dilawati Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, bersama dengan kepimpinan di daerah kecil Tamparuli.

Lawatan tersebut merupakan susulan daripada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang telah dirasmikannya sendiri pada 22 November lalu.

Dalam majlis tersebut, beliau (Jahid) telah meluluskan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada tabung koperasi bagi membiayai pengurusan KOPDESA, yang disampaikan Jahid pada lawatan ke tapak tersebut kelmarin (Ahad).

Dalam ucapan ringkas beliau, Jahid memuji usaha KOPDESA yang proaktif dalam memainkan peranan bagi meningkatkan ekonomi penduduk, terutama di kawasan luar bandar. 6

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan beberapa pemimpin lain.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles