KOTA KINABALU: Rundingan antara Kerajaan Sabah, Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS bagi membincangkan Perjanjian Kerjasama Komersial atau 59 Belanjawan 2022 Sabah Maju Jaya Commercial Collaboration Agreement (CCA) telah berjaya dimuktamadkan.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata persefahaman dan persetujuan telah dicapai di antara kedua belah pihak, sekali gus memastikan perjanjian CCA akan dapat ditandatangani dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata perjanjian itu akan membawa nilai dan makna yang lebih besar kepada Sabah.
Hajiji berkata Sabah bakal mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal berkaitan minyak dan gas.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet Sabah 2022 di Dewan Undangan Negeri Sabah, Kota Kinabalu hari ini.
Hajiji turut menzahirkan rasa syukur
apabila harga purata minyak sawit mentah dan minyak mentah petroleum berada di kedudukan lebih tinggi berbanding kadar harga yang diramalkan semasa 16 Belanjawan 2022 Sabah Maju Jaya Penyediaan Anggaran Hasil 2021.
Ekoran itu, katanya sasaran kutipan hasil tahun ini dijangka bertambah sebanyak 9.6 peratus atau RM430.67 juta menjadikan Anggaran Hasil Disemak Tahun2021 telah meningkat berbanding anggaran asal hasil tahun2021.
Hajiji berkata tahun 2021 bakal melakar sejarah baharu bagi Sabah dengan rekod anggaran hasil negeri tertinggi sejak merdeka yang dianggarkan mencecah RM4.912 bilion.