KM: MUTIARA GRS Main Peranan bantu kebajikan rakyat

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat,Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), di Pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Rombongan MUTIARA GRS itu diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datin Seri Panglima Hajah Juliah Salag, yang juga isteri ketua menteri.
Yang turut hadir ialah Naib Yang Dipertua I, Datin Seri Panglima Nor Asidah Alimuddin; Naib Yang Dipertua II, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan dan Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit.
Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri meminta semua ahli MUTIARA GRS turut membantu khususnya dalam aspek kebajikan rakyat di negeri ini.
“Sebagai Isteri kepada wakil rakyat di negeri ini, semua memainkan peranan untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing sama ada dalam aspek kebajikan atau ketika ditimpa bencana,” katanya.
Sementara itu, Juliah berkata antara tujuan kunjungan hormat ialah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa MUTIARA GRS kepada ketua menteri selain memaklumkan mengenai aktiviti pertubuhan berkenaan.
“Kami juga berbesar hati melantik ketua menteri sebagai penasihat MUTIARA GRS,” katanya.
Ahli jawatankuasa MUTIARA GRS yang turut hadir ialah Setiausaha Kehormat, Datin Dg Siti Noor Hayyat Binti Ag Mohd Saufi; Bendahari Kehornat, Datin Malianah Ugau; Penolong Setiausaha Kehormat, Datin Maria C Omamalin-Angin: Penolong Bendahari Kehormat, Datin Hajah Wahidah Mardiana Binti Norsalim; Pengerusi Biro Rumah, Datin Florence Malangkig; Pengerusi Biro Pendidikan, Datin Salina Binti Mohd Usman; Pengerusi Biro Agama, Datin Hajah Lenny Natasha Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa; Pengerusi Biro Lawatan, Datin Halida Binti Bahad dan Pengerusi Biro Pelita dan Seranta, Datin Faridah Binti Haji Mohd Ismail.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles