Warisan Siap Sedia Lebarkan Sayap Ke Semenanjung

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka melebarkan sayapnya secara rasmi ke Semenanjung pada 17 Disember ini.
Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata langkah itu dibuat bagi memastikan parti itu mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan di kawasan-kawasan tertentu, sekali gus memberi impak yang baik menjelang pilihan raya umum akan datang.

Advertisements

“Warisan tidak bercadang menetapkan sasaran yang tidak realisitik termasuk membuka cawangan di setiap bahagian.

“Kamu perlu selektif di mana ada sesetengah kawasan kami tidak buka bahagian kerana kesuntukan masa, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis anjuran Warisan Putatan pada malam Ahad.

Shafie berkata selepas Warisan melebarkan sayap ke Semenanjung, parti itu akan bekerjasama dengan Muda pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya telah mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dengan
Syed Saddiq dan kepimpinan Muda. Kami sedar parti Muda masih lagi belum didaftarkan. Sebab itu kami telah berbincang bagaimana kerjasama boleh dijalin,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles