Bekas ADUN Kunak Meninggal Dunia Akibat Covid-19

KOTA KINABALU: Bekas ADUN Kunak Datuk Nilwan Kabang meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Gleanagles pada pagi Ahad.

Advertisements

Allahyarham yang merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kunak selama dua penggal iaitu pada tahun 2008 hingga 2013 dan 2013 hingga 2018 meninggal dunia pada jam 3.45 pagi.

Difahamkan Allahyarham, 71, dijangkiti Covid-19 pada awal September dan mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Beliau merupakan anak sulung daripada sembilan adik beradik dari pasangan Kabang bin Oyang dan Zahara Bandan.
Nilwan memiliki tujuh orang anak.

Bekas Pegawai Daerah Semporna Datuk Salsidu Ibrahim, yang juga merupakan sepupu kepada beliau ketika dihubungi, berkata Allahyarham merupakan seorang yang sangat prihatin dengan kebajikan rakyat.
Menurutnya, semasa hayatnya, Nilwan memang suka membantu masyarakat dan terkenal dengan seorang pemimpin yang sangat peramah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles