Salleh Turun Padang Melawat Tapak Eko-Pelancongan Tagal Malangkap Tiong

KOTA BELUD: Pengerusi Kelab Backbenchers Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turun padang melawat tapak Eko-Pelancongan Tagal Kampung Malangkap Tiong, Kadamaian pada Sabtu.

Advertisements

Semasa lawatan itu, beliau yang juga ADUN Usukan diberi taklimat ringkas oleh Pengerusi Eko Pelancongan itu, Damius Talindap.

Antara tarikan pelancong yang terdapat di kg Malangkap Tiong ialah ikan jinak sungai Paramat.

Selaras dengan konsep “mesra rakyat”, Salleh turut bertemu dengan Pengerusi JPKK Kg. Melangkap Tiong, Saulin Salindap dan seterusnya meninjau kawasan Tabika Kemas di situ.

Dalam pertemuan itu, banyak perkara telah dibincangkan yang menjurus kepada usaha membantu komuniti dalam menjana ekonomi setempat.

Sementara itu, Salleh menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga di atas permergian bekas ADUN Kunak Datuk Hj Nilwan bin Hj Kabang.

“Sama-sama kita mendoakan semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Nilwan,71, meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Gleanagles awal hari Ahad.

Allahyarham yang merupakan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kunak selama dua penggal iaitu pada tahun 2008 hingga 2013 dan 2013 hingga 2018 meninggal dunia pada jam 3.45 pagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles