Salleh Puji Ketegasan Perdana Menteri

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak memberikan pujian kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas ketegasan mengurus isu pandemik Covid-19.

Advertisements

Menurut Salleh, Perdana Menteri telah memberi gambaran jelas hanya Kementerian Kesihatan Malaysia mengendalikan program vaksinasi dan strategi COVID-19.

Katanya Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan vaksin wabak berkenaan.

“Kita memerlukan lebih banyak pendekatan berfokus begini dan elakkan tindakan dan polisi bertindih,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia berharap semangat seumpama itu berterusan dan membuahkan hasil untuk kesejahteraan Rakyat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles