OCP Daratan Esscom Rampas 1,324 Kartoon Disyaki Rokok Tanpa Cukai Bernilai Lebih RM182,604.80

TAWAU: Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini telah merampas 1,324 kartoon rokok tanpa cukai yang dianggarkan bernilai lebih RM 182,604.80 yang ditinggalkan tanpa pengawasan di jalan pantai, Tawau Lama, dekat sini, semalam.

Advertisements

Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam satu kenyataan berkata, bertindak atas maklumat awam mengenai penyeludupan rokok kira-kira jam 11.15 malam itu, sepasukan anggota OCP Daratan ESSCOM yang terdiri daripada 06 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14, 04 anggota 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) yang diketuai oleh seorang anggota ESSCOM telah melakukan serbuan dan pemeriksaan terhadap satu lokasi yang disyaki menjadi hotspot/staging point penyeludupan rokok di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan di kawasan berkenaan, pasukan OCP Daratan ESSCOM telah menemui beberapa longgokan plastik hitam yang ditinggalkan di lokasi berkenaan tanpa pengawasan disyaki mengandungi rokok yang belum dibayar cukai kastam.”

“Pemeriksaan lanjut terhadap plastik hitam berkenaan, telah menemui 359 kartoon rokok jenama Fit (Mild Menthol), 449 kartoon rokok jenama Mezzo, 246 kartoon rokok jenama Premiro, 270 kartoon jenama Djarum Black dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 182,604.80”, katanya.

Beliau berkata rokok berkenaan disyaki cuba diseludup masuk dari negara jiran Indonesia ke daerah ini untuk edaran dan pasaran tempatan.

“Kesemua rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967”, katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad Othman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota keselamatan yang terlibat dalam menjayakan operasi berkenaan khasnya kepada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 08 Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD).

“ESSCOM akan sentiasa mengatur gerak operasi keselamatan di kawasan daratan dan laut bagi mencegah dan membanteras aktiviti penyeludupan rokok dan migran serta kemasukan pati selain memantau pergerakan kegiatan ‘Kidnapping for ransom group (KFRG)’ yang dilihat menjadi ancaman keselamatan kepada negeri ini.”

“Operasi-operasi seumpama ini akan sentiasa digerakkan 24 jam tanpa henti dengan kerjasama dan sokongan semua pasukan keselamatan di kawasan ESSZONE bagi memastikan semua aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk kegiatan penyeludupan dan culik untuk tebusan dapat dibanteras dengan jayanya”, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles