LABUAN: Memanfaatkan pengalaman guru pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi kaedah dan teknik menjawab soalan peperiksaan secara berkesan, antara pendekatan yang dilaksanakan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara(SMKM) untuk membantu pelajarnya menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia 2022(SPM).
Pengetuanya, Yahya Ahmad Puteh, berkata bermula dari awal tahun, setiap guru panitia mata pelajaran akan menjemput guru dan penceramah berpengalaman dari luar untuk mendedahkan kepada pelajar kaedah berkesan menjawab soalan SPM mengikut kehendak semasa peperiksaan.
Kelas Aliran Agama, SMK Mutiara diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan satu program yang cukup bermanfaat kepada semua warga SMK Mutiara WP Labuan.
Peluang ini telah dimanfaatkan sepenuhnya Penyelaras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara, Ustaz Zainal Abdul Wahab dengan menjemput Ustaz Mohd Hisyam bin Hussin, Guru Bahasa Arab yang berpengalaman luas dalam Bahasa Arab SPM sebagai penceramah pada program kali ini.
Katanya, semua pelajar didedahkan cara menjawab soalan berdasarkan kehendak peperiksaan, selain membuat latih tubi soalan berteraskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
“Kita mahu membiasakan pelajar dengan cara menjawab soalan yang tepat dan berkesan supaya mereka dapat skor markah diperuntukkan bagi setiap soalan sekali gus tidak tersasar serta membuang masa terlalu lama untuk menjawab soalan mudah.
“Dengan cara ini diharapkan pelajar dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan sebenar bermula dari awal tahun hingga ke peperiksaan sebenar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bercakap dengan wartawan Utusan Borneo pada hari kejadian melalui pebualan telefon.
Seramai 45 peserta yang terdiri daripada pelajar Kelas Aliran Agama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 SMK Mutiara serta pelajar tingkatan 4 Kelas Aliran Agama SMK Rancha2 telah mengikuti program ini.
Terdahulu, semua peserta program ini telah didedahkan dengan Teknik Menjawab SPM Bahasa Arab 2022 oleh Ustaz Mohd Hisyam Bin Hussin , Guru Bahasa Arab SPM yang amat berpengalaman dari SMKA Melor, Kelantan.
Program ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.
Program dijalankan sepenuhnya menggunakan aplikasi Google Meet. Ustazah Siti Zamriah Mohamad Hussin, Guru Bahasa Arab SMK Mutiara telah menjalankan tugas sebagai moderator pada program kali ini dengan jayanya.
Adik Muhammad Nur Iman bin Afandi dari 5 Ibnu Sina, pelajar Kelas Aliran Agama SMK Mutiara dan adik Nur Ilmuwan Nita bnti Mohamad Mupif dari kelas 5 Ibnu Sina ,pelajar Kelas Aliran Agama SMK Mutiara telah dinobatkan sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan.
En. Yahya berkata, jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Syahir bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan WP Labuan kerana sudi hadir dan menyampaikan Ucapan Penutupan dalam program ini.Begitu juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan Azman bin Wan Awang ,Pengetua SMK Rancha- Rancha kerana hadir bersama dalam program ini serta memberikan sokongan penuh dengan membenarkan guru dan pelajar Kelas Aliran Agama SMK Rancha-Rancha terlibat sama.
Katanya, Turut hadir dalam program ini adalah Ustaz Mohd Syafei Ali, bekas Pegawai JQAF Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang kini berkhidmat di SMK Setiu. Tahniah dan syabas kepada penyelaras program iaitu Ustaz Zainal. Penyelaras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara dan semua warga SMK Mutiara kerana berjaya melaksanakan program ini. Semua program pembelajaran secara berkesan itu dilakukan bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik sekali gus keputusan SPM di sekolah itu. Semoga program ini memberikan manfaat buat semua warga Kelas Aliran Agama SMK Mutiara dan SMK Rancha-Rancha dan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.