KOTA KINABALU: Virus Covid-19 sudah berada dalam komuniti “yang bermakna makin mudah dan makin ramai orang akan dijangkiti”, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata saringan secara besar besaran yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah membuktikan andaian tersebut.
“Makin banyak saringan dibuat makin ramai kes positif baharu yang ditemui. Dahulu, jangkitan adalah ‘localised’ dan jumlahnya tidak banyak.
“Kontak rapat sudah menjadi kumpulan tertinggi kes harian, 60 peratus pada 30.7.21.
“Kontak rapat ini pula ada jaringan kawan-kawan mereka sendiri (circle of friends). Mereka mungkin telah menjangkiti kawan-kawan mereka yang lain pula,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.
Masidi berkata Ini mengakibatkan bilangan kes harian berganda, yakni kesan ‘multiplier effect’.
Hasilnya bilangan positif baharu semakin naik kerana semakin luas medan saringan yg perlu dibuat oleh JKNS,” karanya.
“Apabila virus Covid sudah berada dalam komuniti, ‘lockdown’ bukan lagi kaedah yg berkesan untuk mengakang penularan.
“Setiap daripada kita secara tidak sedar berkemungkinan sudah menjadi pembawa virus, tak kira kita sudah divaksin atau pun belum.
“Kita boleh menjangkiti orang-orang disekeliling kita walaupun kita berada dalam suasana lockdown atau tinggal di kawasan dibawah PKPD.
“Dulu lockdown adalah kaedah yanf berkesan kerana jangkitan berlaku dalam kawasan yang terhad atau ‘localised’. Sekarang jangkitan berada dalam komuniti,” katanya.
Masidi berkata lockdown atau PKPD secara berterusan hampir melumpuhkan ekonomi negeri ini.
“Banyak syarikat golong tikar atau rugi besar. Ramai penduduk kita hilang punca pendapatan dan sekarang bergantung kepada bantuan Kerajaan.
“Mereka mahu berkerja semula untuk menyara keluarga mereka. Kemampuan Kerajaan untuk terus memberi bantuan dan subsidi sudah terhad. Kita perlu mengimbangi hidup dan kehidupan. Dan ini tidak boleh dibuat dengan pendekatan lockdown atau PKPD semata mata,” katanya.
Masidi berkata kunci melawan dan mengurus pandemik Covid-19 ialah pematuhan SOP dan meningkatkan kadar vaksinasi dikalangan penduduk.
Katanya kapasiti JKNS untuk memberi vaksin sudah sampai ke tahap 50 ribu dos sehari dan akan dipertingkatkan lagi hingga ke sekitar 60 ribu dos sehari bergantung kepada stok vaksin
“Rakyat sudah agak lesu dalam keadaan ‘terkurung’ dan mungkin sudah agak lalai mematuhi SOP. Pematuhan SOP secara total membantu kita mengelak daripada dijangkiti.
“Vaksinasi memberi kita ‘kekebalan’ daripada jangkitan virus sehingga 90%. Kita masih boleh dijangkiti tetapi kesannya ringan (mild) dan tidak memerlukan rawatan hingga masuk ke hospital. “It’s not life threatening”.
Masidi berkata ini merupakan antara strategi pendekatan kerajaan seterusnya bagi mengekang penularan wabak Covid.-19.
“Lockdown semata mata tidak akan menyelesaikan masalah kes jangkitan yang semakin bertambah.
“Ia sekadar satu kaedah dan bukan satu-satu nya jalan keluar daripada jangkitan yang bertambah. Dulu kita tidak ada pilihan lain selain daripada lockdown kerana vaksin belum ada,” katanya.
Peningkatan kadar vaksinasi dikalangan penduduk Sabah bagi membolehkan kita mencapai kelompok imuniti dan penguatkuasaan pematuhan SOP secara berkesan terbukti lebih berkesan menurunkan jumlah jangkitan setiap hari dalam suasana jangkitan yg sudah berubah, kata beliau,
“Pendekatan ini sudah terbukti berkesan ditempat lain. Apa yg perlu ialah bekalan vaksin yang cukup dan jadual penghantaran ke Sabah yang tidak terganggu,” katanya.