Tumpu perhatian vaksinasi di Sabah untuk capai imuniti kelompok sebelum Okt ini —Salleh

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan GRS, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menyeru Kerajaan Pusat supaya menumpukan perhatian untuk vaksinasi Sabah, bagi mencapai matlamat imuniti kelompok sebelum Oktober ini.

Advertisements

Dalam kenyataannya menerusi laman facebook pagi ini, Salleh yang juga ADUN Usukan berkata langkah itu penting berikutan kadar imunisasi di negeri ini masih pada tahap tidak memuaskan.

“Saya menyeru Kerajaan Persekutuan agar segera memberi perhatian program imunisasi di Sabah supaya kita segera capai imuniti kelompok sebelum Oktober 2021.

“Sudah terlalu lama statistik Sabah dibiarkan terendah di Malaysia – jumlah pendaftaran 990,681 (35.9%) dan jumlah vaksin Dos 1 – 475,084 (12.2%),” katanya.

Menurutnya, kerajaan wajib melipatgandakan usaha dan tenaga untuk percepatkan kadar vaksinasi.

“Sekurang-kurangnya sasaran 50,000 dos vaksin sehari. Gunakan pelbagai kaedah dan strategi yang sudah berkesan.

“Masa untuk berkorban dan selamatkan Sabah,” katanya, sambil mengakhiri kenyataan itu dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles