Semangat Aidiladha Tetapi Dirasai Meskipun diadakan secara “kecil-kecilan” – Hajiji

TUARAN: Meskipun sambutan Hari Raya Aidiladha diadakan secara kecil-kecilan di Sabah tahun ini namun semangat menghayati erti pengorbanan tetap dirasai.

Advertisements

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata ibadah korban tetap dilaksanakan sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Beliau berkata sambutan Aidiladha tetap meriah dengan orang ramai dilihat gembira meskipun hidup dalam keadaan normal baharu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ibadah Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran hari ini, Hajiji berkata sambutan kali ini diadakan dengan jumlah kehadiran yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pihak berkuasa agama.

Katanya pihak penganjur juga mengehadkan bilangan petugas, memastikan penjarakan sosial dan SOP lain yang agak ketat.

Mengenai program vaksinasi di negeri ini, Hajiji berkata kerajaan negeri menyasarkan seramai 30,000 orang rakyat Sabah dapat diberikan vaksin secara harian apabila bekalan tambahan vaksin tiba pada penghujung bulan ini dan awal bulan depan.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya segera mendaftar Melalui Aplikasi MySejahtera atau datang sendiri ke Pusat Pemberian Vaksin yang terdekat.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles