“Hari Penjara” Sumbang Rekod 666 Kes Covid-19 di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata jumlah kes baharu Covid-19 yang dikesan di Sabah hari ini mencecah angka 666, dan menyifatkan kenaikan mendadak itu sebagai “Hari Penjara”.

Advertisements

Beliau berkata ini kerana 50.3 peratus daripada kes di negeri ini dikesan di penjara Kapayan, Kota Kinabalu dan Penjara Tawau.

Masidi berkata penjara Kapayan sahaja mencatatkan 211 daripada 278 kes seluruhan yang dilaporkan di Kota Kinabalu manakala penjara Tawau merekodkan 124 daripada 145 kes yang dilaporkan di Tawau.

“Secara keseluruhan 449 kes (67.4%) daripada 666 berlaku di kluster-kluster sedia ada yang sudah pun diletakkan di bawah perintah PKPD,” katannya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Beliau berkata 65.3 peratus (435) daripada semua pesakit (positif) berada dalam Kategori/Tahap 1 (tidak bergejala) manakala 33.8 peratus (225) dalam Kategori/Tahap 2 (bergejala tanpa radang paru-paru).

Masidi berkata ini bermakna 99 peratus daripada mereka yang disahkan positif hari ini hanya perlu menjalani rawatan di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid) dan tidak perlu dimasukkan di hospital.

Kota Kinabalu kekal mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi hari ini dengan 278, diikuti Tawau (145 kes) dan Sandakan dengan 53 kes.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles