JANGAN TUNGGU PILIHAN RAYA BARU TURUN PADANG, VICTOR SERU ANGGOTA PGRS TERUS BERKHIDMAT 

TAMBUNAN : Istilah turun padang menyantuni rakyat di musim dekat pilihan raya tidak lagi relavan buat masa ini kerana rakyat tidak gemar nasib mereka diabaikan beberapa tahun selepas musim kempen.

Ketua Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah DUN Tambunan ,Dato’ Victor Peter Paut berkata gelaran seseorang yang bergelar pemimpin, mestilah terus peka nasib rakyatnya samada selepas ataupun sebelum pilihan raya.

“Pemimpin perlu terus mendampingi rakyat bukannya mengelak dari menemui rakyat.

Kepercayaan rakyat perlu terus dipelihara dan ambil inisiatif untuk selalu turun padang mendengar keluhan rakyat,” jelasnya ketika berucap di Perasmian Cawangan PGRS PDM Kinabaan Mukim Sunsuron di Tambunan hari ini.

Pada program berkenaan sebanyak 14 Cawangan PGRS yang baharu dirasmikan bagi kedua-dua PDM berkenaan.

Victor yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd itu turut meluluskan permintaan Komuniti Gereja Tombotuon iaitu 6 buah lampu solar dan kos kerja penimbusan tebing Dewan Serbaguna Tombutuon bagi tujuan tapak peniaga semasa aktiviti dan ibadah.

Permohonan lain yang turut mendapat bantuan daripada Victor ialah permintaan dari PGRS Cawangan Kapayan Baru berupa sebuah kanopi 20×20 kaki, 50 buah kerusi dan dua buah meja.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles