LABUAN : Pengerusi Sabah Development Berhad (SDBhd) Datuk Dr Yusof Yacob bersama Ahli Lembaga Pengarah (BOD) SDBhd melawat tapak Projek Solar Berskala Besar 10MW (Solar PV Power) di Kampung Bukit Kalam, projek usahasama Jetama Energy dan Symbior Solar.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SDBhd Nixon Abdul Habi dan BOD SDBhd Awang Fauzi Awang Tahir.
Taklimat operasi projek solar itu disampaikan oleh Pengurus Besar Solar PV Power Sdn Bhd Calum Wembley Mogindol.
Jetama Energy merupakan anak syarikat Jetama Water yang juga merupakan anak syarikat kepada SDBbhd.
Dr Yusof berkata lawatan itu bagi melihat status terkini dan jika ada permasalahan yang ada di tapak loji solar itu.
“Tugas saya bahwa struktur SDBhd teratur dan saya pastikan anak-anak syarikat dibawah SDBd berjalan dengan baik,” katanya.
Beliau melihat projek solar ini begitu baik dalam memberi impak positif kepada Jetama dan pada masa sama kepada SDBhd secara kesuruhannya.
Katanya, menerusi taklimat dan tinjauan di tapak solar itu, beliau berpuas hati dengan pencapaian solar ini berjalan dengan teratur.
