LABUAN: Unit kurikulum SMK Rancha-Rancha (SMKRR) telah mengadakan satu Dialog Prestasi dalam talian kepada ibu bapa calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMKRR 2021, baru-baru ini.
Menurut Pengetua SMKRR, Ustaz Wan Azman Wan Awang, antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk menyampaikan beberapa maklumat serta perancangan pelbagai program kecemerlangan sekolah yang telah di rancang untuk calon-calon SPM 2021.
“Ia juga merupakan salah satu inisiatif sekolah untuk bersama ibu bapa bagi merancang pelbagai aktiviti kecemerlangan kurikulum di mana sokongan ibu bapa adalah sangat – sangat diharapkan terutama sistem pembelajaran buat masa ini lebih banyak dilaksanakan di rumah atau ringkasnya PDPR.
“Dialog prestasi ini juga membolehkan interaksi dua hala antara ibu bapa dengan pihak sekolah demi merungkai pelbagai permasalalan dari segi penglibatan murid tingkatan 5 dalam PDPR dan membincangkan pencapaian murid dalam ujian petama yang telah berlangsung pada bulan Mac yang lalu.
“Selain itu, program ini juga bertujuan meningkatkan motivasi ibu bapa agar sama-sama membantu sekolah dalam memberi galakan dan semangat kepada anak-anak agar sentiasa bersedia setiap masa mengikuti PDPR tanpa jemu agar tidak ketinggalan dalam topik-topik yang diajar oleh guru bagi setiap matapelajaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, kaunselor SMKRR, Rafeeza Sanadi memaklumkan bahawa tidak dinafikan keadaan pendemik sekarang sedikit sebanyak mempengaruhi pola emosi murid dalam mengikuti PDPR ini.
“Ada dalam kalangan pelajar yang agak tertekan dan kurang bermotivasi untuk mengikuti PDPR.
“Ini merupakan masalah yang tidak perlu di pandang ringan kerana meraka akan menuduki peperiksaan SPM yang merupakan peperiksaan penting bagi mereka.
“Oleh yang demikian adalah menjadi satu tanggungjawab pihak sekolah untuk mencari satu solusi untuk membantu murid agar terus tidak patah semangat dan terus bermotivasi belajar agar tidak menjejaskan prestasi mereka terutama persediaan diri mereka untuk menghadapi peperiksaa SPM kelak.
Beliau turut memberi berberapa tips kepada ibu bapa dan penjaga agar dapat bersama-sama dengan guru bagi membantu anak-anak mereka terutama dalam menangani tekanan emosi serta tingkah laku sepanjang PDPR di rumah.
“Saya berharap agar ibu bapa penjaga tidak segan untuk berhubung dengan pihak sekolah terutama pihak kaunseling jika ada masalah yang timbul berkaiatan dengan emosi anak-anak mereka semasa mejalani PDPR ini.
“Pihak Sekolah terutama unit kaunseling akan berusaha sedaya mungkin membantu bersama – sama ibubapa demi kebaikan anak-anak mereka,” katanya.
Program motivasi yang berlangsung selama dua jam itu dibahagikan kepada beberapa slot termasuk pemakluman peluang-peluang melanjutkan pelajaran selepas tamat tingkatan 5, slot hal ehwal murid, dan slot motivasi dan kaunseling.