Khabar angin bertiup kencang Datuk Aliasgar Basri bakal undur diri dari Parti Warisan ?

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Kerja Parti Warisan Datuk Aliasgar Basri dilaporkan bakal mengundur diri daripada Parti Warisan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal dalam masa terdekat.

Menurut sumber terdekat, Aliasgar yang juga   bekas Ketua Warisan Tuaran dikatakan membuat keputusan itu setelah mengambil kira keutamaan peribadi, khususnya memberikan perhatian yang lebih kepada aspek kesihatan, keluarga serta urusan perniagaan.

“Berdasarkan info dalaman terbaharu yang saya perolehi, Aliasgar benar-benar ingin berehat dalam arena politik untuk sementara waktu.

“Saya jangka tokoh Parti Warisan Tuaran ini akan mengundur diri dalam tempoh terdekat,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, tiada surat pengunduran diri yang telah dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung Warisan. (WARISAN)

Aliasgar, 66, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Southern Illinois University dan Ijazah Sarjana MBA dari Universiti Malaysia Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles