Gardenia Bakeries (East Malaysia) dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd – dua enti perniagaan berasingan – Datuk Dexter Lau

KOTA KINABALU:  Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd, syarikat milik Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) mengambil maklum mengenai kenyataan dan isu yang sedang tular di media sosial berhubung produk Gardenia sepert yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTC Datuk Dexter Lau berkata pihaknya ingin menjelaskan bahawa Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd dan Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd merupakan dua enti perniagaan yang berasingan, dengan pemilikan serta pengurusan yang berbeza.

“Bagaimanapun, kami ingin memberi jaminan kepada semua pengguna bahawa aspek keselamatan makanan, kebersihan, kawalan kualit serta pematuhan terhadap piawaian dan peraturan yang ditetapkan sentasa menjadi keutamaan dalam setap aspek operasi kami.

“Kami sentasa komited untuk memastikan setap produk yang dihasilkan memenuhi standard keselamatan dan kualiti makanan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Datuk Dexter berkata KTC menghargai kepercayaan dan sokongan berterusan daripada para pengguna serta akan terus berusaha mengekalkan komitmen dalam menyediakan produk yang selamat dan berkualit tnggi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles