Dato’ Victor sokong loji tenaga nuklear dibangunkan, syor permasalahan infrastruktur didahulukan

KOTA KINABALU: Penyelaras PGRS DUN Tambunan, Dato’ Victor P. Paut menyambut baik cadangan untuk membangunkan loji tenaga nuklear di negara ini bagi menangani masalah tenaga elektrik, terutama di Sabah.

Bagaimanapun, beliau berpendapat cadangan itu bertambah ‘elok’ 

jika  permasalahan keperluan dan infrastruktur asas seperti kemudahan jalan raya, keperluan air bersih yang terawat serta tenaga letrik yang asas yang diperlukan oleh penduduk luar bandar diberi keutamaan terlebih dahulu.

“Ini adalah masalah pokok yang harus terlebih dahulu kita selesaikan. Misalnya isu jalan-jalan kampung yang rosak dan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dimana masih banyak yang perlu dilakukan.

“Begitu juga isu bekalan air bersih masih membelenggu beberapa daerah termasuk Sandakan dan Tawau.

“Di negara luar pula, saya ambil contoh negara China. Ia sudah jauh lebih maju dari segi pembangunan asas keperluan penduduknya… barulah mereka ke bidang tenaga nuklear dan sebagainya,” katanya.

Datuk Victor yang juga Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sd.Bhd berkata demikian ketika mengulas isu loji tenaga nuklear yang dikatakan sesuai dibangunkan di Sabah.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Sabah dan Semenanjung pilihan paling praktikal untuk dibangunkan loji tenaga nuklear bagi dekad akan datang jika negara bersetuju mengenai cadangan baharu itu.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Tranformasi Air berkata, di Sarawak masalah tenaga tidak timbul kerana Hidroelektrik Bakun telah menyumbang 70 peratus di wilayah berkenaan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles