Dato’ Victor sentiasa menyokong aktiviti kebudayaan berasaskan klan di kawasan Parlimen Keningau

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato’ Victor Peter Paut sentiasa menyokong dan mendampingi semua lapisan masyarakat, termasuk persatuan berasaskan kebudayaan, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Usaha itu merupakan cerminan kepada prinsip keterangkuman dan keharmonian sosial yang menjadi teras kekuatan di Sabah.

Komitmen Dato’ Victor itu terserlah apabila bermurah hati menyumbang RM8,800 untuk membiayai perbelanjaan 20 orang ahli Klan Liu (Pang Cheng) Pedalaman Keningau
ke Karnival Lius Clan Sarawak, Sabah dan Brunei yang dijangka diadakan di Tawau selama tiga hari bermula 4 Disember ini.

Dato’ Victor menyerahkan sumbangan itu kepada ketua Klan Liu (Pang Cheng) Pedalaman Keningau Sdr Clement Liew dan disaksikan ahli klan semasa kunjungan hormat ke atas Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd di Menara Kinabalu, pada Jumaat.

Dato’ Victor juga merupakan pemimpin masa depan berpotensi yang kini memegang jawatan Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N39 Tambunan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles