Kenyataan Media Khairuddin Daud, Ketua Wira Warisan
KOTA KINABALU: Lebuh Raya Pan Borneo Sabah bukan projek yang gagal. Yang gagal ialah cara projek ini dirancang, diurus dan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang diamanahkan untuk menyiapkannya.
Sepuluh tahun selepas dilancarkan pada 2016, rakyat Sabah masih menunggu lebuh raya yang sepatutnya siap pada 2021, tetapi kini sasaran penyiapannya berlanjutan sehingga 2030.
Jika model Rakan Pelaksana Projek (PDP) begitu berkesan, mengapa projek sudah jauh ketinggalan daripada jadual sebelum model itu ditamatkan pada 2019? Dan jika penamatan PDP menjadi punca utama kelewatan, mengapa hampir tujuh tahun kemudian masalah pelaksanaan masih berlarutan?
Laporan Ketua Audit Negara 2/2026 menunjukkan bahawa setakat 31 Mac 2026, hanya empat daripada 35 pakej kerja telah disiapkan sepenuhnya, sembilan dikategorikan sebagai projek sakit dan 13 lagi lewat daripada jadual. Laporan itu turut membangkitkan isu 57 Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM513.99 juta yang diluluskan melebihi had kuasa.
Ini bukan tuduhan politik, tetapi penemuan audit rasmi. Siapa yang bertanggungjawab terhadap kelemahan ini? Siapa yang memantau prestasi kontraktor, meluluskan lanjutan masa dan memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan berkesan?
Bagi generasi muda Sabah, keadaan ini amat mengecewakan. Ketika Pan Borneo dilancarkan, ramai antara kami masih di bangku sekolah. Hari ini, kami sudah bekerja dan membina kehidupan, tetapi lebuh raya yang dijanjikan masih belum siap.
Generasi muda Sabah tidak meminta layanan istimewa. Kami hanya mahu peluang yang sama untuk maju seperti anak muda di negeri-negeri lain. Bagaimana kami mahu bersaing, membina perniagaan dan mencipta peluang pekerjaan jika infrastruktur asas yang dijanjikan sejak sepuluh tahun lalu pun masih belum disiapkan? Kelewatan Pan Borneo bukan sekadar kelewatan pembinaan jalan, tetapi turut melambatkan peluang untuk masa depan kami.
Pan Borneo sepatutnya membuka peluang ekonomi, meningkatkan keselamatan dan memudahkan kehidupan rakyat, bukannya menjadi bahan pertikaian politik yang tidak berkesudahan. Setiap tahun kelewatan bermakna rakyat terus menanggung kesannya.
Kami menuntut Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menjelaskan tindakan pembetulan terhadap kelemahan yang didedahkan. Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga mesti mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab berdasarkan bukti, tanpa mengira kedudukan atau pentadbiran.
Sudah cukup saling menuding jari mengenai keputusan tahun 2019. Penamatan PDP tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup kelemahan yang wujud sebelumnya atau kegagalan menyelesaikan masalah selepas itu.
Kami tidak mahu mewarisi alasan dan kelemahan pentadbiran yang berlarutan. Kami mahu mewarisi kemajuan. Pan Borneo dibina untuk menghubungkan rakyat Sabah, bukan untuk menjadi tempat mereka yang diberi amanah saling melepaskan tanggungjawab.
PAN BORNEO: BUKAN PROJEK YANG GAGAL, TETAPI PENGURUSAN DAN PELAKSANAANNYA