SANDAKAN: Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, bersama Wong Hong Jun atau Datuk Junz Wong serta Datuk Mohd Azis Jamman menduduki tiga kedudukan teratas dalam keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi sesi 2026–2029.
Berdasarkan senarai keputusan pemilihan parti itu, Isnaraissah Munirah mendahului persaingan dengan memperoleh 259 undi, diikuti Junz Wong sebanyak 254 undi dan Azis Jamman dengan 242 undi.
Keputusan berkenaan menyaksikan ketiga-tiga pemimpin itu disenaraikan bagi jawatan Naib Presiden selepas pemilihan yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan dan Pemilihan Warisan 2026 di Dewan Hakka, di sini, pada Ahad.
Pemilihan kali ini menyaksikan persaingan bagi jawatan Naib Presiden yang sebelum ini menarik perhatian susulan penyertaan lapan calon.
Sementara itu, Datuk Harun Ismail mendahului senarai keputusan pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan apabila memperoleh 378 undi.
Beliau diikuti Arunarnsin Taib yang meraih 341 undi, manakala Mudi Dubing berada di kedudukan ketiga dengan 336 undi.
Turut tersenarai ialah Loi Kok Liang dengan 299 undi, Thien Ching Qiang (292), Majamis Timbong (276), Adeli Abat (274) dan Vivian Thien Shin Ying (274).
Rahman Jali pula memperoleh 267 undi, diikuti Mohammad Firdaus Diun (241), Azahari Rangon (235), David William (229), Ag. Besar Abdul Rasid (227) dan Ahmad Hassan (226).
Calon lain yang turut disenaraikan ialah Liaw Kit Siong (225), Juriah Uda (221), Wong Tshun Khee (213), Zainal Abidin Sahidal (213), George Jonik (210) serta Koh Piaw Peng @ Koh Kian Ling (206).
Senarai keputusan berkenaan memaparkan tiga nama bagi jawatan Naib Presiden dan 20 nama bagi Ahli Majlis Tertinggi.
Pemilihan kepimpinan bagi sesi 2026–2029 itu berlangsung ketika Warisan sedang menyusun barisan kepimpinan dan memperkukuh organisasi parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
