Sabah Elektricity digesa tambah jumlah genset untuk kemudahan tiga sekolah di Tongod

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Terdapat keperluan mendasak bagi Sabah Elektricity Sdn. Bhd untuk menambah jumlah genset bergerak melibatkan tiga sekolah menengah berasrama di Tongod susulan kerosakan dua transformer utama  di daerah itu sejak minggu lalu.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, meminta pengurusan syarikat utiliti itu menyalurkan tenaga di lokasi kritikal melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod, Penangah dan Entilibon dengan kadar segera mandangkan bangunan asrama pelajar diseliputi kegelapan pada malam hari.

Katanya, penuntut asrama terpaksa menyalakan lilin setiap malam bagi mengulangkaji kerja sekolah lebih-lebih lagi keperluan mendesak menjelang peperiksaan semester akhir pada minggu hadapan.

Tegasnya, asrama ketiga-tiga sekoleh menengah itu telah bergelap beberapa hari ketika calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bakal menduduki semester akhir yang bermula 26 November depan, katanya dalam kenyataan, malam.

” Saya mendapat aduan daripada guru dan ibu bapa di mana pelajar terpaksa mengulangkaji kerja sekolah menggunakan cahaya lilin di asrama dan di rumah sejak minggu lalu kerana ketiadaan bekalan elektrik.

” Saya mengesa pengurusan elektricity menambah bilangan mobile genset di tiga sekolah terbabit sebagai eshan kepada calon-calon peperiksaan SPM dan STPM belajar dan mengulang kaji kerja sekolah, ” katanya.

Menurut Masiung, walaupun empat unit mobile genset berkapasiti 2,000kW digerakkan sebagai sokongan sementara di Tongod, tetapi jumlah tenaga tidak menampung menyebabkan operasi pendidikan tiga sekolah menengah itu terjejas.

Menurut Masiung, beliau mendapat maklumat dari Sabah Electricity  berpusat di Telupid, di mana tranformer 11/33kW membekalkan tenaga ke daerah Tongod mengalamai kerosakan sejak minggu lalu.

Kelmarin Wajil Rakyat Kuamut itu, menghubungi pejabat Sabah Elektricity di Telupid bagi mendapatkan penjelasan lanjut dan  berharap syarikat  berkenaan dapat menggerakan genset tambahan di tiga sekolah menengah tersebut, sementara pembaikan kerosakan transformer utama.

Sementara itu, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM), Tokyo Hasim Omar ketika dihubungi menjelaskan, sejak bulan lalu tenaga elektrik di daerah itu sering terputus menyebabkan urusan pentadbiran beberapa jabatan kerajaan terganggu.

Beliau tidak menolak kemungkinan keupayaan tranfomer membekalkan tenaga elektrik di daerah Tongod telahpun berusia dan melebihi kapasiti sebenar kerana jumlah penguna semasa semakin meningkat setiap tahun.

Tokyo mengesa Sabah Electrcity supaya menganti tranfomer baharu yang mempunyai kapasiti lebih besar memandangkan jumlah bangunan kerajaan dan rumah persendirian semakin bertambah di daerah Tongod.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles