KOTA KINABALU 19 Januari 2021: Seorang peniaga ditahan oleh SPRM Sabah kerana dipercayai cuba menyogok seorang ketua jabatan di sebuah agensi kerajaan sebanyak RM2000 bagi mempercepatkan proses kelulusan penjualan minyak kepada nelayan di Jeti Batu Putih, Sandakan pada 19 Januari.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50an itu ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu selepas ketua jabatan terbabit melaporkan perkara itu kepada SPRM.
Sementara itu, Pengarah SPRM S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkap tersebut dan memaklumkan lelaki tersebut telah ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut. Â
Beliau turut memuji tindakan ketua jabatan tersebut yang melaporkan kes rasuah kepada pihak SPRM selaras dengan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 iaitu kewajipan untuk melaporkan transkasi penyogokan.Â
Tambah Karunanithy, beliau turut menyeru semua penjawat awam di Negeri Sabah supaya tampil membuat laporan dengan SPRM sekiranya terdapat sebarang penyogokan wang rasuah semasa menjalankan tanggungjawab.