Tuaran Hoskan Pertandingan Karom Bergu Terbuka Malaysia Piala KM Sabah 2026

TUARAN: Pertandingan Karom Bergu Terbuka Malaysia Piala Ketua Menteri Sabah 2.0 tahun 2026 akan diadakan di Dewan Seri Sulaman, dekat sini selama dua  hari bermula 7 November.

Sebagai persediaan menganjurkan pertandingan itu, satu mesyuarat jawatankuasa pertandingan telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bangunan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah, Kampung Lok Batik di sini pada Sabtu.

Mesyuarat itu dipengerusikan Encik Mohammad Zaineh bin Haji Jali @ Zieco.

Mesyuarat berkenaan membincangkan persiapan, penyelarasan tugas jawatankuasa serta perkara berkaitan pelaksanaan bagi menjaykan pertandingan tersebut.

Menurut pihak penganjur, pertandingan itu, antara lain, bertujuan menyediakan platform kepada peminat sukan karom untuk berhimpun, mengeratkan hubungan silaturahim serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Mesyuarat turut menjadi ruang penyelarasan antara ahli jawatankuasa bagi memastikan aspek pengurusan pertandingan, teknikal, pendaftaran peserta, logistik dan perjalanan program dapat dirancang dengan teratur.

Dalam mesyuarat itu, pihak penganjur menetapkan setiap pasukan yang ingin menyertai pertandingan itu dikenakan yuran RM100.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles