Persatuan Alumni KTYS jadi landasan graduan beri sumbangan kembali, kongsi peluang kerjaya 

Foto: Pkhruddin (duduk, tiga dari kanan) bersama AMT Persatuan Alumni KTYS.

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) menjadi platform penting bagi graduan membina jaringan profesional, berkongsi peluang kerjaya serta menyumbang kembali kepada institusi dan generasi pelajar akan datang.

Presidennya, Datuk Pkhruddin Bian, berkata jaringan alumni bukan sekadar pendaftaran, sebaliknya mampu menjadi satu komuniti yang saling membantu dalam aspek pekerjaan, perniagaan, latihan dan pembangunan kerjaya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan graduan 2026 untuk menyertai persatuan berkenaan bagi memperkukuh jaringan sesama alumni.

“Mungkin hari ini pelajar memerlukan bantuan daripada alumni yang lebih senior, namun pada masa akan datang mereka pula mampu membantu graduan KTYS yang lain.

“Inilah semangat yang kita mahu bina, iaitu komuniti alumni yang saling menyokong dan terus membawa nama baik KTYS,” katanya pada Majlis Makan Malam Seri Kencana Graduasi KTYS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, semalam.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTYS Datuk Tah Niah Jaman.

Beliau turut berharap graduan KTYS pada masa hadapan kembali ke institusi itu sebagai usahawan, profesional, pemimpin industri, mentor atau rakan strategik.

Katanya, kejayaan alumni dalam bidang masing-masing turut menjadi kebanggaan kepada KTYS.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles